Luar Negara

Menara Eiffel dibuka semula selepas 104 hari ditutup

Pengendali kerugian hampir 27 juta Euro

SELEPAS 104 hari ditutup mercu tanda popular Paris, Menara Eiffel kembali dibuka kepada pengunjung  mulai semalam, 25 Jun.

Ini merupakan penutupan paling lama sejak Perang Dunia Kedua.

Pelancong dan pengunjung tempatan yang kembali melawat kawasan pelancongan itu turut diraikan dengan kehadiran maskot dan kemeriahan muzik yang dimainkan.

Menurut Ketua Pengarah Menara Eiffel, Patrick Branco Ruivo, susulan penutupan akibat perintah berkurung di Perancis, syarikat pengendali kerugian hampir 27 juta Euro (RM129.56 juta).

“Kami akan melakukan pelbagai langkah penjanaan semula kerana kami kerugian 27 juta Euro semasa menara ini ditutup susulan perintah berkurung di Paris.

mercu tanda dengan ketingga 324 meter dijangka tidak akan menerima kunjungan pelancong asing dalam masa terdekat susulan beberapa sekatan masih dilaksanakan di negara itu. Foto: AP

“Tetapi kami tetap optimis. Hari ini merupakan hari gembira buat kami.

“Dari pihak kami, seramai 800 kakitangan akan bekerja untuk melayan pengunjung yang datang,” katanya.

Bagaimanapun, mercu tanda dengan ketingga 324 meter dijangka tidak akan menerima kunjungan pelancong asing dalam masa terdekat susulan beberapa sekatan masih dilaksanakan di negara itu.

Malah, prosedur operasi standard (SOP) baharu dilaksanakan bagi pengunjung termasuk kapasiti terhad dan menggunakan pelitup mulut dan hidung. – ASTRO AWANI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button