Sukan

Azmeer tinggalkan Kedah FA

TONGGAK pertahanan pasukan bola sepak Kedah, Azmeer Yusof mengumumka yang dia akan meninggalkan pasukan tersebut.

Menurut Azmeer, keputusan itu dibuat kerana masalah gaji, sebaliknya untuk memberi tumpuan penuh kepada perniagaannya.

“Teruskan memberi sokongan kpd pasukan Kedah. Tanpa kalian, bolasepak tiada erti. Maafkan saya, saya akan sentiasa rindukan sorakan kalian.

“Kepada penyokong bolasepak Kedah, saya bukan bekas pemain Kedah dan saya bukan lagenda anda. Tapi saya adalah sahabat kalian.

“Doakan segala urusan saya untuk bina Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Alor Setar tercapai dgn izin Allah,” katanya.

Pengumuman tersebut disifatkan sebagai keputusan mengejutkan bagi penyokong pasukan Kedah yang rindukan aksi lincah pemain itu di padang.

Namun, niat Azmeer untuk memberi fokus kepada pusat pengajiannya itu mendapat reaksi positif dan kata-kata semangat daripada peminat.

Azmeer sebelum ini sering mendapat pujian terutamanya melibatkan keperibadiannya di atas padang yang mencerminkan Islam pada dirinya.

Malah, pada awal Mac lalu, Azmeer memberitahu yang dia ingin memberi peluang kepada 10 orang lelaki berusia bawah 40 tahun untuk belajar Al-Quran di rumahnya di Tongkang Yard, Alor Setar.

Lebih mengujakan, pembelajaran itu diberikan secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

“Tuan-tuan bawa diri saja, Quran dan ustaz saya sediakan, InsyaAllah. Paling mustahak tak perlu bayar apa-apa. Rumah saya di Tongkang Yard. Yang berminat boleh ‘pm’ saya, 10 orang terawal sahaja,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button