Ekonomi

Industri tenaga solar turut terkesan akibat Covid-19

COVID-19 memberi kesan yang besar terhadap pemain industri tenaga boleh diperbaharui termasuk Gading Kencana Sdn. Bhd (Gading Kencana) yang menawarkan perkhidmatan tenaga solar dan pemasangan panel tenaga solar.

Ketua Pegawai Eksekutif Gading Kencana, Datuk Ir. Muhamad Guntor Tobeng berkata, syarikat terkesan dari segi pendapatan apabila tidak dapat membuat pemasangan tenaga solar di rumah walaupun mendapat permintaan yang tinggi.

Jelas Muhamad Guntor, syarikat kehilangan 20 peratus pendapatan setiap bulan selama empat bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

“Yang kita terkesan ialah pada perniagaan EPC kita buat pemasangan di rumah. Walaupun kita dapat banyak tempahan daripada pengguna di rumah nak pasang sebab bil elektrik dijangka mahal tetapi kita tak dapat kebenaran untuk pergi pasang. Makro strampe tak boleh, nak keluar daripada pejabat tak boleh dan sebagainya.

“Walaupun kita dalam kategori perniagaan essential dari segi loji tenaga dan dapat kebenaran untuk 50 peratus petugas kerja bekerja. Tetapi dari segi untuk melakukan pemasangan di luar rumah itu tidak dibenarkan.

“Jadi bila tak dibenarkan kita tidak ada peniagaanlah. Kita kehilangan kira-kira 20 peratus pendapatan setiap bulan sepanjang PKP,” kata Muhamad Guntor.

BACA Kumpulan World Wide Green Berhad, Gading Kencana lebar pelaburan ke Thailand

BACA Tenaga solar bantu masjid, surau jana pendapatan

Bagaimanapun menurut Muhamad Guntor, Gading Kencana bernasib baik kerana mempunyai ladang tenaga solar yang membekalkan tenaga di Ayer Keroh, Melaka dan Bidor, Perak yang dapat menampung kekurangan pendapatan daripada perniagaan

“Kami bernasib baik kita ada dua serampang. Hari-hari jana elektrik. Alhamdullilah PKP ini alam sekitar lebih baik. Pencemaran kurang.

“Cahaya matahari lebih banyak kena pada solar panel. Kita dapat kesan kenaikan 5 peratus perolehan tenaga untuk ladang solar di Melaka dan Bidor,” kata Guntur dalam Webrina yang dikendalikan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Webrina yang disiarkan secara langsung di Facebook UTHM solution bertajuk Sejauhmana Pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap industri tenaga: Pengajaran dan Ramlan Masa Depan.

Webrina tersebut dikendalikan oleh Pensyarah Kanan UTHM, Dr. Mohd. Fahmy Abdullah sebagai moderator dan tiga ahli panel termasuk Muhamad Guntor.

Sementara itu, Muhamad Guntor berkata, industri solar di Malaysia bernasib baik kerana kerajaan mempunyai polisi yang jelas berkaitan tenaga boleh diperbaharui

Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui termasuk tenaga solar dari 2 peratus ke 20 peratus menjelang tahun 2030.

“Untuk mencapai sasaran kita mempunyai ladang solar yang boleh menjana tenaga solar berkapasiti 500 megawaltt (MW) tenaga.

“Tahun ini menteri tenaga kita mahu ia dipertingkatkan kepada 1000MW. Menteri turut mencadangkan agar peluang diberikan kepada pemain industri tempatan,” kata Muhamad Guntor.

Bagi ladang solar berkapasiti 1000MW memerlukan pelaburan berjumlah RM4 bilion ringgit.

Keputusan mengenai syarikat mana yang layak memperolehi kontrak itu akan diketahui hujung tahun ini dan akan memulakan kerja tahun depan.

Pada Jun tahun lalu Gading Kencana mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diumumkan pemenang Anugerah Asian Photovoltaic Industry Association (APVIA) yang diadakan di Shanghai, China.

Gading Kencana memenangi anugerah bagi kategori aplikasi fotovoltaic (perusahaan) pada acara tersebut yang diadakan sejak 2013.

Ladang solar Gading Kencana di Ayer Keroh, Melaka menjana tenaga 8MW dan di Bidor, Perak pula menjana 30MV tenaga solar.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button