Luar Negara

Jururawat bunuh lapan warga emas ditahan

PEMBUNUH, seorang jururawat lelaki akhirnya ditanggkap selepas membunuh lapan warga emas di sebuah pusat penjagaan di Itali.

Tangkapan tersebut berjaya dibuat selepas satu siasatan terhadap kadar kematian luar biasa yang tinggi sejak 2017 dekat pusat tersebut yang terletak di Ascoli Piceno.

Siasatan dilakukan bermula September 2018 apbila berlaku beberapa siri kematian yang meragukan.

Selepas beberapa jejak ditemui, siasatan selama hampir dua tahun itu akhirnya menemukan kaitan pembunuhan tersebut dengan seorang jururawat, Leopoldo Wick yang bekerja di sana.

Lapor portal Berita Mediacorp, pihak pendakwa menyatakan suspek berusia 57 tahun dipercayai menyuntik pesakit dengan dos ubat yang tinggi.

BACA > Struktur LRT3 runtuh di Klang — Suara Merdeka

Menurut pihak pendakwa raya, suspek dikatakan menyuntik campuran ubat mengandungi insulin dan promazine ke dalam badan mangsa.

Penemuan tersebut hasil daripada bedah siasat terhadap mangsa apabila sampel diambil untuk dianalisis pada 2019.

Hasil analisis menemukan bahan kimia promazine yang tinggi pada sampel darah setiap mangsa.

Suntikan yang boleh membawa maut itu dipercayai dilakukan suspek antara Januari 2017 hingga Februari 2019.

Hasil siasatan turut mendapati suspek merancang untuk membunuh empat lagi penghuni pusat jagaan itu.Bagaimanapun, tidak dinyatakan motif pembunuhan.

BACA > Pilih kasih dalam industri didakwa sebab Sushant Singh gantung diri — Suara Merdeka

Sementara dalam laporan portal TellerReport, pihak pendakwa raya merampas beberapa fail serta bukti kecurian alatan perubatan temasuk ubat. – Agensi

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button