Struktur LRT3 runtuh di Klang
SEBAHAGIAN daripada kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Meru, Klang, Selangor dalam satu kejadian awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shariat berkata susulan kejadian itu juga, jalan di lokasi berkenaan ditutup di kedua-dua arah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
“Beberapa lencongan juga dibuat bagi memudahkan pergerakan kenderaan yang melalui jalan itu. Anggota trafik turut mengawal keadaan lalu lintas di lokasi kejadian dan setakat ini, situasi pergerakan kenderaan di situ adalah terkawal,” katanya seperti dilaporkan Bernama
Beberapa video keadaan runtuhan kerangka besi itu dimuat naik orang awam dan tular di laman Facebook sejak pagi tadi. – SM