Nasional

Merokok tetap dilarang di kedai makan

KEMENTERIAN Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di kedai makan walaupun kerajaan bertukar.

Malah pelaksanaan dan kempen ditambah baik bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata pandangan orang ramai yang menyatakan larangan itu tidak lagi dilaksanakan adalah tidak tepat.

Sebaliknya penguatkuasaan berkurangan kerana memberi tumpuan terhadap usaha menangani penularan Koronavirus (Covid-19).

“Kempen tersebut masih diteruskan dan ia tidak dihentikan. Penguatkuasaan kurang kerana ketika ini, negara memberi fokus terhadap Covid-19.

“Malahan kedai makan tidak dibuka (dan tidak boleh makan dalam premis) sejak tiga bulan lepas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya hari ini.

BACA > MDEC: Syed Saddiq harap Rais Hussin pegang teguh pada prinsip — Suara Merdeka

Beliau berkata demikian mengulas rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati kerana terdapat individu kembali merokok di premis makanan.

Dr Noor Azmi berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang kawalan tembakau yang sebelum ini diletakkan di bawah Akta Makanan 1983 di Parlimen tidak lama lagi.

Draf mengenainya sedang diteliti oleh Pejabat Peguam Negara.

Kerajaan menguatkuasakan larangan merokok di tempat makan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2019.

BACA > Kes aktif Covid-19 turun menghampiri 1,000 kes — Suara Merdeka

Peraturan berkenaan hanya membenarkan perokok merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button