Luar Negara

20 juta SGD bantu isi rumah, peniaga tempatan

KERAJAAN Singapura akan membelanjakan 20 juta Dolar (RM61.30 juta) dengan mengeluarkan voucher khas bagi membantu 400,000 isi rumah.

Pemberian bantuan melalui voucher itu diharap bukan sahaja dapat membantu isi rumah tetapi menggalakkan orang ramai supaya menyokong perniagaan tempatan.

BACA >  PM solat Jumaat, bangga jemaah patuhi peraturan — Suara Merdeka

Menerusi voucher tersebut, pengguna boleh membeli makanan dan barangan keperluan harian di gerai dan kedai terpilih bermula 25 Jun hingga 31 Disember ini.

Majlis Pembangunan Komuniti (CDC) Skim Voucher, memaklumkan, dengan jumlah nilai itu secara amnya, setiap isi rumah akan mendapat 50 SGD.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat, skim tersebut adalah seperti yang diumumkan pada Februari lalu bagi memberi lebih kepada komuniti.

“Kita sedari, Koronavirus (Covid-19) hampir meranapkan hidup atau nyawa orang tersayang, kita perlu satu tindak balas pantas dan seragam.

“Di samping membantu golongan kurang berkemampuan, kerajaan mahu wujudkan kitaran semula ekonomi dengan membenarkan perniagaan tempatan kembali beroperasi,” katanya lapor porta Channel News Asia (CNA).

BACA > Jangan cuba bolosi sempadan negara — Suara Merdeka
BACA > SPRM cari bekas pegawai kanan kepada bekas menteri — Suara Merdeka

Tambah beliau, lebih 2,500 usahawan melibatkan perniagaan mereka adla program tsebut.

Ia termasuklah gerai makanan di pejabat, warung, tukang gunting rambut, salun, klinik dan kedai cermin mata.

Menurut Ketua Wilayah Barat Daya, Low Yen Ling, inisiatif tersebut merupakan pertama kali dilaksanakan di selurh Singapura.

“Kami sangat inklusif dan memahami kepayahan, kesukaran dan pendapatan rakyat yang terjejas akibat sekatan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Bagi mendapatkan voucher tersebut, keluarga atau isi rumah yang layak akan dimaklumkan melalui surat.

BACA > Jika tenat tidak dibenarkan keluar wad untuk mengundi — Suara Merdeka
BACA > Ugut ibu guna pisau kerana tidak beri wang RM35 — Suara Merdeka

Jelasnya kaedah tersebut bagi menjaga jarak sosial dan mengurangkan kesesakan. – CNA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button