Silap haribulan muncul pula kluster wartawan…
GAMBAR bercerita. Saban minggu mengadap Menteri Kanan (Keselamatan) dan Ketua Pengarah Kesihatan dalam sidang akhbar perkembangan kes COVID-19, pun masih cuai.
Tengoklah, apa sudah jadi? Boleh pula pihak media berdiri rapat-rapat untuk merakamkan penjarakan sosial sekumpulan jemaah yang mendengar khutbah solat Jumaat di Masjid Negara hari ini.
Bab jemaah yang menunaikan solat Jumaat yang pertama sejak lapan minggu ditangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu sudah betul Prosedur Operasi Standard (SOP).
Tapi bab pihak media kena peka lah. Takkanlah SOP pun masih tak faham-faham.
Jangan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Jangan hanya tahu memberi nasihat dan melaporkan orang ramai melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta penjarakan sosial tetapi diri sendiri tidak ikut peraturan.
Silap haribulan kita ada pula kluster baharu – kluster media atau wartawan. – SM