Travel

Venice dilanda banjir besar, Itali isytihar darurat

KERAJAAN Itali isytihar darurat dan 20 juta euro (US$22 juta) bantuan kecemasan disediakan ekoran bencana banjir terburuk yang melanda Venice dalam tempoh lebih 50 tahun, kata Perdana Menteri Giuseppe Conte pada Khamis.

Bandar timur laut itu disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dilanda banjir besar sejak Selasa akibat hujan lebat yang disertai dengan air pasang, lapor agensi berita Anadolu.

Paras air banjir mencecah 1.87 meter (6.1 kaki) lewat malam Selasa – tahap kedua tertinggi pernah direkodkan.

Banyak destinasi menarik dan muzium ditutup.

Conte berkata penduduk yang terjejas boleh memohon bantuan sebanyak 5,000 euros (US$5,500) untuk pampasan awal manakala perniagaan pula boleh menerima bantuan sehingga 20.000 euro (US$22,000).

Venice dilanda banjir hampir setiap tahun, tetapi banjir terburuk dalam sejarah berlaku pada 1966 yang mana air mencecah sehingga 1.94 meter (6.36 kaki).– BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button