Nasional

Virus COVID-19 tidak akan berakhir dalam tempoh dua tahun lagi

VIRUS COVID-19 yang kini sudah meragut 103 nyawa di seluruh tidak akan berakhir untuk tempoh dua tahun akan datang.

Penasihat Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata, tetapi ia hanya membabitkan ‘letusan’ kecil yang tidak perlu menimbulkan panik, sebaliknya bertindak agresif mengesan, kurantin dan merawat.

Katanya, di kawasan-kawasan yang ada ‘letusan’ virus itu perlu diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) serta-merta dan inividu yang tinggal di kawasan itu perlu dikuarantin.

Dr. Jemilah berkata, penguatkuasaan penting untuk memastikan pematuhan, bukan sahaja daripada pihak kerajaan tetapi juga penguatkuasaan sendiri oleh individu, masyarakat dan syarikat.

“Pendemik hanya akan berakhir apabila pembabitan seluruh masyarakat diperkasakan.

“Jika anda melihat sesuatu, katakan sesuatu. Buat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, rakyat Malaysia perlu ‘hidup’ bersama virus COVID-19 seperti mana ‘kita perlu hidup bersama denggi’, dengan vaksin hanya akan diperolehi paling cepat awal tahun depan.

Katanya, kebiasaan baharu atau new normal merupakan satu kenyataan seperti seboleh mungkin lebih banyak duduk di rumah, menjaga jarak selamat dan memakai penutup muka.

Beliau juga berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan bermatlamat untuk menamatkan COVID-19, tetapi untuk mendatarkan lengkung penularan seperti yang telah dilakukan Malaysia.

“Kita telah mendatarkan lengkung untuk memastikan sistem kesihatan dilindungi dan berupaya untuk menghadapinya,” katanya.

Sistem kesihatan di negara ini katanya berupaya untuk menghadapi pendemik sambil menambah kapisiti penggunaannya kita adalah pada tahap 30 peratus.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB bermula pada 4 Mei dengan membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan kembali beroperasi.

Namun ia tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Namun masih terdapat beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi.

Ini adalah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal.

Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button