Luar Negara

Jepun catat 13,192 kes COVID-19

Jumlah kes positif COVID-19 di Jepun setakat ini mencecah 13,192, termasuk 712 penumpang kapal pesiaran Diamond Princess yang dikuarantin ketika kapal berkenaan berlabuh di pantai Yokohama pada Februari lalu.

Pada Khamis, jumlah kes ialah sebanyak 12,735, lapor agensi berita Sputnik memetik penyiar NHK.

Terdahulu, 43 lagi kru kapal Itali Costa Atlantica yang berlabuh di pelabuhan Nagasaki Jepun diuji positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti di kapal itu seramai 91 orang.

Kapal dengan 623 kru itu sedang menjalani penyelenggaraan di limbungan Mitsubishi Heavy Industries.

Sehingga kini COVID-19 di Jepun sudah meragut 341 nyawa, 263 pesakit berada dalam keadaan kritikal manakala lebih 3,000 orang dibenarkan discaj. demikian menurut BERNAMA.

Setakat ini disiplin, tekun dan rajin adalah sikap cukup sinonim dengan rakyat Jepun yang dilihat sentiasa sibuk setiap hari belum dapat membendung wabak itu.

Sikap sedemikian dikatakan menyebabkan wabak Koronavirus (Covid-19) terus meningkat sehingga melebihi walaupun selepas perintah berkurung dilaksana.

[BACA] Saintis berpakaian seperti angkasawan dalam makmal virus Wuhan – Suara Merdeka

Bagaimanapun, pihak bekuasa Jepun tidak berhasrat untuk mengekang penularan wabak melalui perintah berkurung mandatori.

Hal demikian akan menyebabkan impak yang cukup besar terhadap ekonomi.

Bagaimanapun gabenor wilayah bersedia melaksanakan perintah mandatori sekiranya kerajaan pusat berbuat demikian.

[BACA] Sama ada PKP dilanjutkan, tunggu pengumuman PM hari ini – Suara Merdeka
[BACA] Kluster Turki -‘oversea’ menjengkelkan — Suara Merdeka

Pelaksanaan perintah tersebut akan membenarkan pemerintah wilayah memaksa orang ramai supaya duduk di rumah dan kedai serta semua perniagaan ditutup.

Portal Channel News Asia (CNA) yang memetik laporan Reuters menyatakan, bank pusat Jepun (BOJ) sudahpun memberi amaran pandemik wujudkan ketidakpastian terlalu tinggi terhadap ekonomi negaranya.

Sejak perintah darurat dilaksanakan, beberapa tempat seperti Shibuya, Akasaka dan Ginza menjadi sunyi pada waktu malam, walaupun terkenal sebagai lokasi yang meriah.

Walau bagaimanapun, beberapa tempat lain, aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa meskipun perintah darurat dikuatkuasakan.

Menurut gabenor Aichi, Hideaki Omura, beliau akan melaksanakan perintah darurat hari ini biarpun kawasannya tidak disenarai kerajaan pusat sebagai terlibat dengan perintah darurat.

[BACA] Wanita 23 tahun korban COVID-19 termuda Malaysia — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: ‘Kumpulan kayangan’ panggil petugas kesihatan dog, pencacai najis — Suara Merdeka

“Jika kita melihat apa yang sudah terjadi sepanjang seminggu lepas, keadaan tidak begitu baik. Jadi, lebih baik kita buat persediaan,” katanya. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button