Rencah Hidup

PKP: Makan tikus bakar sebelum dapat bantuan

“TIKUS bakar jadi bahan santapan.”

Begitulah antara kesusahan yang perlu dihadapi segelintir warga asing apabila tidak dapat bekerja akibat pandemik Koronavirus (Covid-19) sebelum menerima bantuan daripada kerajaan dan pihak lain.

Perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka tiada pilihan lain kerana kilang di Sarawak tempat mereka bekerja juga tutup menyebabkan sebilangan pekerja dari Indonesia hilang pendapatan.

[BACA] Pekerja Indonesia tertekan dipukul majikan — Suara Merdeka

Itulah nasib dihadapi oleh Mujianto, 49, apabila dia dan rakan-rakannya kehabisan bekalan makanan ketika fasa pertama PKP yang berakhir pada awal April lalu.

Oleh demikian, dia tiada pilihan kerana menurutnya tidak semua majikan baik hati untuk membayar gaji ketika operasi kilang diarah tutup oleh kerajaan.

“Bukan sahaja kekurangan bahan makanan, tetapi bosan. Lebih baik cari daun singkong dekat kawasan belukar boleh masak buat makan.

“Tetapi, kawan saya sampai makan tikus semata-mata untuk simpan duit kerana masih belum dapat gaji. Apa pun jadi bahan santapan, termasuk tikus,” katanya lapor portal CNN Indonesia.

[BACA] Tiada bazar Ramadan, hidupkan semula budaya bertukar juadah sesama jiran — Suara Merdeka
[BACA] PKP: Rakyat diseru tingkatkan disiplin, jaga keselamatan diri — Suara Merdeka

Bagaimanapun, dia tidak berselera melihat kawannya yang menikmati tikus bakar.

Tambah Mujianto, bagaimanapun haiwan berkenaan bukan asing bagi mereka kerana tikus sawah sudah menjadi makanan kebiasaan di kampungnya.

Malah katanya lagi, perancangannya untuk pulang ke kampung di Jawa untuk menyambut Aidilfitri nanti juga terpaksa dibatalkan akibat Covid-19.

“Asalnya mahu ambil cuti panjang selepas dua tahun merantau ke Malaysia. Pulang bersama kawan-kawan dari Jawa juga.

“Kerana ada yang dari Cilicap, tetapi terbantut sebab ada Covid-19. Ya sudah tidak jadi saja,” luahnya.

Namun Mujianto tetap dapat menghubungi keluarganya dikampung.

[BACA] Najib pertimbang saman Clare Rewcastle-Brown, Sarawak Report — Suara Merdeka
[BACA] UMNO, Pas `berputih mata’ andai gagal urus persepsi — Suara Merdeka

“Komuniasi setiap hari, malah sering sekali. Saat tidak bekerja, tak punya kegiatan lain, selain main ponsel (telefon bimbit),” selorohnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button