Politik

Kita jaga kita, nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia

RAKYAT Malaysia telah menunjukkan semangat ‘kita jaga kita’, yang merupakan semangat persaudaraan masyarakat negara ini tanpa mengira kaum.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, atas semangat persaudaraan itu masyarakat negara ini menjaga dan membantu antara satu sama lain.

Katanya, apa yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaan Pematuhan Kawalan Pergerakan (PKP) membuktikan mereka sebagai insan yang hebat.

“Pendek kata, kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling bantu membantu ketika zaman susah. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga jiran kita. Kita jaga masyarakat kita.

“Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,” kata Muhyiddin.

BACA

Muhyiddin menzahirkan perasaan terima kasih dan penghargaan kepada semua lapisan rakyat Malaysia yang saling tolong menolong dan saling membantu ketika Covid-19 menyerang.

“Doktor dan jururawat yang berada di barisan hadapan, anda mengambil risiko setiap kali melangkah masuk ke wad. Tetapi anda terus melangkah dengan gagah untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Walaupun letih, anda tidak mengeluh tetapi terus berkhidmat dengan cekal. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada doktor dan jururawat di hospital swasta. Ketika hospital kerajaan sibuk merawat pesakit COVID 19, hospital swasta menerima pesakit-pesakit bukan COVID 19 untuk dirawat.

“Terima kasih juga kepada anggota polis dan tentera yang menjaga sekatan jalan raya. Anda berpanas, berhujan, tetapi terus menjalankan tugas.

“Syabas saya ucapkan. Juga kepada anggota Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, Bomba, RELA, pihak
berkuasa tempatan dan lain-lain agensi yang turut membantu. Saya ucapkan terima kasih.

“Terima kasih juga kepada insan-insan yang bermurah hati membungkus makanan untuk dihantar kepada para petugas di barisan hadapan. Mereka buat secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Anda adalah insan yang hebat.

“Begitu juga kepada anda yang bekerja menghantar makanan. Samada grab food, food panda atau lain-lain. Anda mengambil risiko,” kata Muhyiddin.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button