Tangguh sesi persekolahan hingga Covid-19 pulih 100%
SESI persekolahan diminta supaya ditangguhkan sehingga negara ini bebas 100 peratus daripada wabak Covid-19.
itu reaksi netizen terhadapan hantaran oleh Menteri Pendidikan. Dr Mohd Radzi Md Jidin di facebook.
Dalam hantara itu, Dr. Mohd Radzi berkata, beliau akan Saya meneliti pandangan yang diberikan oleh ibu bapa, guru dan pelajar.
Dalam respon di facebook Menteri Pendidikan itu, Idah Yunos berkata, pastikan negara bebas daripada virus Covid-19 100 peratus sebelum sekolah dibuka semula.
Katanya, utamakan keselamatan dan kesihatan guru, kakitangan dan pelajar.
Ann Su Ah Tee juga memberikan reaksi yang sama dengan mencadangkan agar sesi persekolahan ditangguhkan sehingga negara bebas dari wabak Covid-19.
Pada masa sama beliau mencadangkan supaya sekolah dibekalkan dengan scanner thermometer yang mencukupi, topeng muka dan juga pembersih tangan.
Katanya, itu semua adalah kerana bahan-bahan yang amat terhad di pasaran, dan guru tidak mampu menyediakan bahan-bahan tersebut untuk semua pelajar.
Sabariah Samah pula berkata, jika persekolahan disambung untuk melakukan jarak sosial antara para pelajar memang sukar.
Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu diteruskan hingga betul-betul selamat kerana para pelajar in sudah untuk akur kepada arahan jarak sosial.
Sedangkan katanya, orang dewasa pun ramai yang ingkar arahan PKP dan jarak sosial ini, apatah lagi kanak-kanak tadika dan sekolah rendah.
Haslina Ahmad Khairuddin memberika padangan bahawa dalam realiti di sekolah memang susah untuk melaksanakan jarak sosial.
Realitinya kata beliau, dalam satu kelas padat dengan 40 hingga 45 orang murid. Tiada ruang untuk menjarakkan mereka.
Jadi katanya, para pentadbir kena fikir bagaimana mereka ini hendak dijarakkan sekiranya sekolah dibuka semula dan wabak Covid-19 ini belum pulih 100 peratus.
Thassni Eh Chong juga meminta supaya Kementerian Pendidikan meletakkan keutamaan kepada keselamatan, kesihatan dan nyawa dalam membuat keputusan.
Malah beliau juga mengingatkan supaya tidak lupa kepada pelajar-pelajar kurang upaya (OKU) dan pendidikan khas.
Wahida Wahab berkata, dalam kita menitikberatkan kesihatan dan keselamatan anak-anak, perlu diingat bukan semua keluarga ada pembantu rumah.
Katanya,, ada yang hantar ke taska dan ada yang ikut ibu atau bapa ke pejabat sebelah petang sebelum pulang ke rumah.
Oleh itu katanya, perlu juga dipertimbangkan ibu bapa yang dalam senario tidak ada pembantu rumah atau ahli keluarga lain untuk menjaga anak-anak lepas waktu persekolahan, terutama jika ibubapa perlu ke pejabat selepas PKP tamat. – SM