Politik

RM14 bilion untuk bayar faedah hutang 1MDB

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata kerajaan terpaksa membayar hampir RM14 bilion untuk faedah bagi hutang syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga tahun depan.

Ujarnya, mereka yang diberi amanah memerintah negara diharap tidak lagi menyeleweng dan kekal amanah.

Kata Amiruddin lagi menurut laporan Bernama, jumlah pembayaran faedah 1MDB itu sepatutnya digunakan untuk melakukan pelbagai program yang dapat memberi manfaat rakyat secara keseluruhan,

Setakat ini katanya pada sesi ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta malam tadi, wang negara digunakan hanya untuk membayar faedah hutang 1MDB, tetapi hutang pokoknya yang berjumlah RM36 bilion, masih belum dibayar.

Malah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sebelum ini berkata kerajaan mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button