Ekonomi

Pakej Rangsangan Ekonomi perlu pantas – Najib

Betapa besar pun pakej ransangan ekonomi sesebuah negara, namun itu tidak menjamin keberkesanan dalam mengatasi kemeruduman.

Perkara yang perlu dititikberatkan ialah pelaksanaan serta penyampaian menyeluruh dan pantas supaya impak pandemik Koronavirus (Covid-19) dapat diatasi.

[BACA] COVID-19: Malaysia bankrap kalau pembangkang `sedap meracau’ — Suara Merdeka
[BACA] Warga Indonesia puji untungnya jadi rakyat Malaysia — Suara Merdeka

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi satu kenyataan dalam Facebooknya berkata, satu pakej ‘Selamatkan Ekonomi’ adalah sesuatu yang diperlukan oleh negara terjejas teruk.

“Semakin jelas kepada negara-negara dalam dunia bahawa apa yang diperlukan bukan sahaja pakej-pakej rangsangan ekonomi.

“Tetapi satu pakej Selamatkan Ekonomi yang menyeluruh dan laju,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengandaikan pakej tersebut yang ditawarkan oleh negara-negara terjejas dilihat tidak mampu mengatasi impak pasca-pandemik Covid-19.

“900,000 warga Sepanyol (jumlah populasi 47 juta) dibuang kerja pada bulan Mac 2020 akibat Covid.

“Walaupun pakej rangsangan daripada kerajaan Sepanyol adalah sebesar 220 bilion Dolar Amerika Syarikat (AS) (RM960 bilion) atau 20% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Malaysia RM250 bilion, 16 peratus daripada KDNK,” jelasnya.

kematian
BEBERAPA syarikat swasta di negara terjejas mengambil keputusan memberhentikan pekerja mereka akibat tekanan kewangan meskipun pakej rangsangan ekonomi diumumkan di negara masing-masing. – Foto Al Jazeera.
[BACA] Covid-19: PM umum bantuan khas isi rumah — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Cegah ketirisan dalam penyaluran bantuan untuk manfaat optimum – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka
JASON FURMAN

Sebelum itu, portal Yahoo! Finance melaporkan, bekas Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Rumah Putih, Jason Furman memberi amaran bahawa pakej rangsangan bernilai 220 bilion Dolar AS mungkin tidak cukup.

Menurutnya, pengumuman pakej tersebut adalah yang terbesar dan terpantas pernah diluluskan Kongres. Bagaimanapun, ia belum tentu cukup.

“Dari sudut lain, saya puji kepantasan Kongres meluluskan pakej yang besar itu. Tetapi, dalam sesuatu tahap ia mungkin tidak memadai dalam menghadapi masalah (Covid-19) yang lebih besar dan laju,” katanya.

Tambah Furman lagi, kerajaan perlu pendekatan yang memerlukan semua kerja dibuat serentak berikutan masalah rakyat kehilangan pekerjaan meningkat kepada 3.283 juta orang.

MUHYIDDIN YASSIN

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion.

[BACA] COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM260 bilion — Suara Merdeka
[BACA] Langkah pertama memulihkan Ekonomi Malaysia – Suara Merdeka

Daripada jumlah tersebut, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajian rakyat dan RM2 bilion bagi memperkukuh ekonomi negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button