Nasional

Pengikraman tidak kurangkan kecinaan sekolah Cina – Ridhuan Tee

PROSES pengikraman Sekolah Cina tidak akan mengurangkan sedikitpun kecinaan sekolah Cina.

Malah sekolah Cina akan melahirkan lebih ramai ultra kiasu yang akan mengganggu pembinaan negara bangsa berasaskan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial.

Seperti telah saya katakan, sudah terang lagi bersuluh, pantang sentuh sahaja isu pendidikan Cina, mesti ultra kiasu ini melompat, seperti komunis lagaknya.

Mereka ini tidak wajar tinggal di negara bertuah ini yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara atau bahasa kebangsaan.

Timbalan menteri ultra kiasu pula berkata, sekolah vernakular adalah aset penting kepada negara malah kewujudan sekolah berkenaan menunjukkan keunikan Malaysia yang perlu dipertahan oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan etnik.

Bila saya mendengar kamu berhujah di Parlimen dalam bahasa Melayu, saya terasa loya dan mahu termuntah? Ini kamu kata aset dan unik?

Aset? Unik? Hujahkan dan debatkan? Saya cabar pemimpin ultra kiasu ini termasuk menteri mereka untuk debatkan perkara ini secara terbuka. Saya bersedia bila-bila masa.

Aset dan unik kerana tidak boleh berkomunikasi dalam BM? Aset dan unik kerana tidak dapat bergaul dengan orang Melayu?

Aset dan unik kerana sekolah Cina lebih Cina daripada sekolah di negara China? Aset dan unik kerana lebih ramai pelajar Cina akan mengundi ultra kiasu?

Aset dan unik kerana seperti timbalan menteri bila bercakap bunyinya seperti “bulung-bulung telebang di angkase”? Aset dan unik kerana kamu seolah-olah tinggal di negara China?

Kenapa tidak buat kajian khusus tentang peranan sekolah vernakular dalam pembinaan negara bangsa?

Kenapa tidak dibuat kajian keupayaan penguasaan bahasa Melayu yang terlalu mudah di sekolah Cina berbanding sekolah kebangsaan?

Kenapa tidak dibuat kajian berapa ramai pelajar Cina gagal dalam bahasa Melayu mudah di sekolah Cina? Inikah yang kamu katakan aset dan unik?

Ingat ya, bahasa Melayu mudah di sekolah Cina berbeza dengan bahasa Melayu standard di sekolah kebangsaan.

Alasan basi sejak dahulu, pendidikan vernakular memberikan banyak kebaikan, aset, unik, menyatu bukan memecah dan berbagai lagi sudah muak saya dengar. Puji habis seolah-olah tidak ada cacat celanya.

Menteri dan pemimpin ultra kiasu serta NGO komunis mereka cuba jawab beberapa persoalan saya.

Pertama, berapa ramai pelajar ini boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu (BM)?

Kedua, berapa ramai pula yang gagal dalam BM? Berapa ramai yang sampai ke peringkat fasih?

Lihatlah cara-cara ahli-ahli parlimen dan ADUN mereka bertutur dalam parlimen dan DUN sudah cukup untuk membuktikan sama ada mereka ini bagus atau tidak?

Ketiga, kenapa terlalu degil untuk menerima segala keputusan kementerian Pendidikan mengenai penambahbaikan sekolah Cina. Sila buat semakan daripada tahun 1961 sehingga tahun terkini. Bagaimana degil ultra kiasu menerima cadangan Kementerian Pendidikan yang mahu memandaikan anak-anak Cina dalam penguasaan mereka terhadap bahasa Melayu.

Keempat, bahasa Melayu adalah bahasa negara, bahasa kebangsaan. Kalau kamu semua ultrakiasu tidak dapat bertutur dengan baik seperti penduduk Tanjung Piai, sehingga memerlukan wakil Cina bagi mewakili wakil rakyat bagi memudahkan komunikasi dengan orang Cina, maka lebih baik kamu tinggal di negara komunis China?

Kelima, kamu pergi bergaul dengan pekerja Bangladesh, kenapa mereka boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik dalam masa tidak sampai enam bulan, sedangkan kamu tinggal berpuluh-puluh tahun masih tolol bertutur bahasa Melayu? Apa kamu cakap semua ini? Pergi belajar dengan bangla.

Keenam, pergi ke China dan ke India, bandingkan pendidikan Cina dan India mereka? Adakah secina dan seindia seperti di sini?

Ketujuh, kenapa tidak mahu menambah lebih masa untuk matapelajaran bahasa Melayu di sekolah Cina? Bukankah bahasa Melayu sekolah Cina lebih mudah?

Kelapan, kenapa masih mahukan guru-guru Melayu dan India yang mengakar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mesti mempunyai kredit bahasa Cina dalam SPM untuk mengajar di sekolah Cina?

Kesembilan, cuba fikirkan sejenak, kenapa negara berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu, tidak dapat menegakkan identiti Melayu dan bahasa Melayu, tetapi lebih mengakar adalah identiti Cina? Bukankah identiti Islam dan Melayu sudah termaktub dalam perlembagaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

Kesepuluh, buktikan dan bandingkan semua 195 negara-negara di dunia ini, ada atau tidak pendidikan yang sangat caca merba ini? Kenapa 194 negara yang ada di dunia ini berjaya mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka? Kenapa kita gagal mendaulatkan bahasa negara?

Kesebelas, kenapa perpaduan di negara kita masih longgar? Bukankah kerana interaksi dan komunikasi tidak banyak berlaku disebabkan oleh masalah bahasa?

Janganlah kerana ada sebuah dua sekolah Cina sudah pergi ke Sekolah al-Amin, sekolah yang dikelolakan oleh IKRAM untuk melakukan sedikit aktiviti, untuk maka sudah dikatakan sekolah Cina mendaulatkan bahasa Melayu. Sekoah Cina sudah hebat. Kerdil sangat dan hina sangat orang berfikiran sebegini.

Proses pengikraman di sekolah Cina tidak akan mengurangkan sedikitpun pencinaan sekolah Cina.

Pemimpin-pemimpin sekolah Cina ini sangat pandai berlakun. Baru sekali dua pergi ke sekolah al-Amin, maka dicanangkan ke seluruh dunia betapa hebatnya mereka.

Melayu bagi betis, kamu nak peha. Nak jadi apa dengan kamu semua ini?

Sejak dahulu asaya sudah perkatakan, kamu mahu membina negara dalam negara. Kamu mahu bina bangsa Cina dalam majoriti bangsa Melayu. Inilah ciri-ciri pemikiran komunis.

Apabila sudah tercapai hasrat ini, mudahlah kamu dengan kekuatan ekonomi untuk menguasai negara ini. Kerana kamu sudah dapat membeli pemimpin-pemimpin dan orang-orang Melayu yang mudah kamu beli dan rasuahkan.

Saya hanya akan menerima sekolah Cina, jika syarat-syarat tersebut dipenuhi oleh pemimpin berfikiran komunis ini. Jika tidak parti-parti Cina ultra kiasu sama sahaja.

Tulisan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pendakwah bebas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button