Luar Negara
Pelancong meninggal di atas motosikal di Bali, positif COVID-19
Pengarah Kesihatan Sanglah Denpasar mengesahkan warga negara asing yang meninggal dunia di atas motosikal adalah positif COVID-19.
I Ketut Sudartana seperti dilaporkan Merdeka.com berkata, lelaki Inggeris itu meninggal dunia di Jalan Imam Bojol, Denpasar, Bali, pada 15 Mac lalu.
Setakat semalam jumlah pesakit COVID-19 di Indonesia adalah sebanyak 450 orang, 38 orang meninggal dunia dan 20 orang lagi sembuh. -SM