Nasional

Ketua Pengarah Kesihatan sahkan korban kesembilan COVID-19

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan korban kesembilan COVID-19 melibatkan seorang doktor di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Perlis.

“Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baharu berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini.

“Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama dalam kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM,” katanya di media sosial.

Kata Dr. Noor Hisham, mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke negara Turki.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, pada 17 Mac lalu setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 10.33 pagi tadi.

Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. Ia adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara. – SM

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button