Politik

Pemecatan Marzuki dan pelantikan Hamzah tidak sah

PEGUAM Haniff Khatri Abdulla berkata, pemecatan Marzuki Yahya Setiausaha Agung Bersatu dan pelantikan Hamzah Zainuddin sebagai pengganti adalah tidak sah.

Haniff Khatri berkata, ia tidak sah kerana tidak dipersetujui Pengerusi Bersatu, Dr. Mahathir Mohamad.

“Melalui surat bertarikh 20 Mac yang dikeluarkan oleh Dr. Mahathir adalah jelas bahawa kedua-dua proses, pelucutan Marzuki sebagai Setiausaha Agung dan pelantikan Hamzah kononnya sebagai pengganti oleh Presiden Muhyiddin Yassin ada tidak dipersetujui,” katanya.

Justeru, kata beliau, adalah penting agar tidak ada mana-mana dokumen perubahan jawatan Setiausaha Agung Bersatu dimajukan oleh mana-mana pihak Pendaftar Pertubuhan.

“Jikapun ada maka pihak ROS hendaklah tidak melakukan mana-mana perubahan kepada daftar Parti Bersatu supaya kedudukan dikekalkan sehingga adanya peluang penyelesaian dalaman parti dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahan Haniff Khatri, ROS sendiri telah melalui Arahan bertarikh 16 Mac memberi arahan kepada kesemua parti agar tidak mengadakan perjumpaan ataupun majlis ataupun perhimpunan diadakan sehingga 30 Jun.an_Pergerakan_Malaysia_2020)

Katanya, sebuah agensi terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri adalah berada dalam keadaan konflik kepentingan, kerana Hamzah adalah menteri dari kementerian berkenaan. – SM

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button