Nasional

Covid-19: Menteri Pengajian Tinggi jawab kenapa lambat keluar kenyataan

MENTERI Pengajian Tinggi Datuk Dr. Noraini Ahmad menjawab kritikan berhubung isu lewat memberi kenyataan berkaitan mahasiswa di pusat pengajian tinggi berikutan penguatkuasaan Perintan Kawalan Pergerakan.

Menurut beliau, dalam situasi sekarang pihaknya hanya menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara.

Noraini berkata, menteri-menteri selain Menteri Kesihatan sewajarnya mengelak daripada mengeluarkan kenyataan kerana boleh mengelirukan rakyat.

“Ramai yang tweet dekat saya kenapa lambat keluar arahan. Sebenarnya, dalam situasi begini, segala arahan adalah daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Menteri-menteri yang lain selain daripada Menteri Kesihatan dielakkan daripada mengeluarkan kenytaan supaya rakyat tidak keliru dgn pelbagai kenyataan,” jelas Noraini.

Semalam pihak universiti mengambil tindakan menutup kampus bagi mematuhi Perintan Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan itu menyebabkan mahasiswa terutama di Lembah Kelang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bagaimanapun keadaan menjadi tidak terkawal apabila beribu-ribu daripada mereka berkumpul di terminal bas untuk membeli tiket dan pulang ke rumah ibu bapa masing-masing.

Tindakan mereka berkumpul tersebut mendatangkan kebimbangan kerana ia boleh menyebabkan virus Covid-19 merebak dengan lebih cepat dan sukar dibendung.

Sementara itu, Noraini berkata, semua warga IPT yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan boleh terus menghubungi Bilik Gerakan Kementerian Pengajian Tinggi yang beroperasi 24 jam di talian 03-8870 6777, 03-8870 6949, 03-8870 6628 dan 03-8870 6623.

Beliau berharap semua mahasiswa di kampus untuk terus bertenang.

“Saya telah berhubung dengan semua Naib Censelor setiap universiti sudahpun mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Mohon anak-anak mahasiswa ikut garis panduan yang dikeluarkan,” kata Noraini.-SM

 

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button