Ekonomi

CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd pada Isnin mengesahkan telah memulakan pelan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Muhammad Umar Swift yang dilaporkan media berhasrat melepaskan jawatan itu.

Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata “telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat.”

“Atas alasan itu, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia menerusi jawatankuasa pencalonan dan saraan, sedang dalam proses memulakan penggantian CEO,” katanya.

Laporan media menyatakan jawatan Muhammad Umar berkemungkinan diambil alih oleh Datuk Fad’l Mohamed yang pada masa ini merupakan pengarah urusan perbankan borong kumpulan RHB Bank Bhd.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button