Luar Negara

Rempuh pasar Krismas: Angka kematian meningkat 4 orang

BERLIN: Angka kematian akibat serangan kereta di sebuah pasar Krismas di bandar Magdeburg, Jerman meningkat kepada empat orang, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan.

Memetik sumber keselamatan, saluran televisyen NDR dan penyiar awam ARD hari ini melaporkan lebih 200 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Menurut Media Jerman, suspek berusia 50 tahun menetap di Jerman sejak 2006 dan memiliki status pemastautin tetap di negara itu.

Dalam kejadian serangan di pasar Krismas yang popular di pusat bandar Magdeburg, semalam, video di media sosial menunjukkan sebuah kereta berwarna gelap meluncur laju ke arah orang ramai, menyebabkan mereka bertempiaran lari dalam keadaan panik dan menyebabkan keadaan kelam-kabut pada perhimpunan perayaan itu.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan.

Polis memperketat kawalan keselamatan di pasar Krismas dan menutup kawasan itu untuk memastikan tempat kejadian selamat.

Pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk agar menjauhi kawasan berkenaan sementara siasatan sedang dijalankan. BERNAMA-AA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button