Nasional

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM dari parti politik wajar letak jawatan

KESEMUA Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang merupakan lantikan politik wajar meletakkan jawatan secara terhormat dengan segera.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, YADIM perlu dikembalikan kepada landasan yang betul dengan medium dakwah harus merentasi parti politik.

Mereka sewajarnya juga memberi peluang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk melantik Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baharu.

“Kembalikan YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) kepada landasannya yang asal.  Dakwah harus merentasi parti politik.

“Semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM lantikan zaman PH wajar letak jawatan secara terhormat.

“Beri peluang Menteri Agama baharu melantik Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu yang mampu mengembalikan kegemilangan YADIM sebagai institusi dakwah berwibawa negara melangkaui agenda politik kepartian,” kata Asyraf Wajdi.

Antara ahli politik yang memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM sekarang adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh dari DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Turut memegang jawatan tersebut adalah enam individu dari Parti Amanah Negara (AMANAH) termasuk Yang Dipertua YADIM, Nik Omar Nik Abdul Aziz; Timbalan Yang Dipertua YADIM, Zolkharnain Abidin; Datuk Abdul Ghani Shamsuddin; Ahmad Sayuti Bashiron, Shamsul Ma’arif Ismail dan Maznah Daud.

Turut dilantik adalah wakil PKR iaitu Syed Ibrahim dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan seorang wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga Ketua Bahagian BERSATU Cheras, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.-SM

(Visited 855 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button