Pendidikan

Pusat Tuisyen Stara satu revolusi online untuk pelajar sekolah rendah

DALAM era digital yang serba canggih ini, dunia pendidikan telah mengalami transformasi besar. Salah satu perubahan yang paling ketara ialah kebangkitan pusat tuisyen online, yang kini menjadi alternatif popular kepada pembelajaran.

Fenomena ini bukan sahaja dipacu oleh kemajuan teknologi tetapi juga oleh keperluan untuk menyediakan pendidikan yang lebih fleksibel, mudah diakses, dan sesuai dengan keperluan pelajar masa kini.

Menurut Pengasas pusat tuisyen online Stara, Nurul Atieka Mohamad Zahari, idea untuk memberi pendidikan secara maya bermula semasa pandemik COVID-19.

Walaupun tiada pengalaman dalam mendidik, dorongan keluarga menjadi kekuatan baginya untuk menubuhkan Stara demi membantu pelajar lebih fokus dan berjaya.

“Saya sentiasa memegang pesanan dan nasihat keluarga tentang pentingnya ilmu dan pelajaran untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik,” jelasnya.

“Saya tiada latar belakang sebagai pendidik, namun dari kecil saya telah diterapkan dengan pendirian bahawa hanya dengan pendidikan yang bagus dapat mengubah kehidupan seseorang. Dengan pendidikan kita boleh jadi apa sahaja yang kita mahu. Saya wujudkan platform belajar atas talian ini dengan mengumpulkan guru yang bagus untuk menyebarkan ilmu dengan lebih meluas. Fokus saya ialah pelajar sekolah rendah kerana asas pendidikan sangat penting. Stara bermula dengan impian saya mahu setiap orang dapat pendidikan yang bagus,” tambah Nurul Atieka.

Seramai 150 murid diraikan kecermelagan mereka.

Sehingga kini, Stara telah merekodkan kehadiran seramai 3,000 pelajar dari seluruh Malaysia. Untuk tahun hadapan, pihak Stara merancang untuk melancarkan program “Stara Care” bagi membantu pelajar yang kurang bernasib baik sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kami mahu membantu mereka membina personaliti yang bagus sejak kecil. Perancangan untuk tahun 2025 pula adalah memberi fokus kepada pembangunan keyakinan diri pelajar melalui beberapa siri kem berucap di khalayak ramai, latihan intonasi dan skil komunikasi, serta kem penguasaan Matematik dan Sains,” ujar beliau.

Stara kini memberi tumpuan kepada lima subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Pendidikan Islam.

Dari Uwais Ashraf Bin Abdul Rahman 11 Tahun (No 1 di sekolah kebangsaan seri tasik bandar permaisuri) Qaseh Raudhah Binti Mohd Azhar 10 Tahun (No 10 di sekolah integrasi rendah agama jawi saidina uthman bin affan, bandar tun razak.

“Penyampaian tutor kami bersifat visual kerana kami faham murid sekolah rendah sukar untuk fokus. Oleh itu, material pembelajaran haruslah menarik. Murid diberi kefahaman mengenai konsep terlebih dahulu menggunakan gambar dan video. Teknik belajar yang kami gunakan memberi tumpuan kepada pendekatan mentor yang dapat melahirkan insan yang cemerlang,” jelasnya lagi.

Tuisyen Stara  baru-baru ini meraikan kecemerlangan murid berjaya melahirkan 150 pelajar cemerlang berusia antara 7 hingga 11 tahun.”.

Untuk memenuhi keperluan pelbagai pelajar, Stara menawarkan tiga pakej iaitu Pakej Elite, Pakej VIP, dan Pakej Premier. Setiap pakej menyediakan 20 sesi kelas sebulan dengan harga bermula daripada RM149 sehingga RM299.

Dengan material dan teknik yang berkesan, Stara berjaya menarik minat pelajar untuk memahami subjek dengan lebih baik.

Pusat tuisyen online seperti Stara menunjukkan bagaimana pendidikan moden dapat diadaptasi untuk memenuhi cabaran masa kini.

Dengan menggabungkan teknologi dan kaedah pengajaran yang inovatif, platform seperti ini tidak hanya memberikan alternatif kepada pembelajaran tradisional tetapi juga membuka peluang yang lebih luas untuk generasi masa depan.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button