Ekonomi

Bank Rakyat akan mengadakan Muslimah Fest 2024 dengan tawaran eksklusif dan promosi hebat untuk wanita!

BUAT pertama kalinya, Bank Rakyat akan menganjurkan Muslimah Fest 2024 selama tiga hari, dari 20 hingga 22 Disember 2024, bertempat di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur.

Festival ini akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam, menampilkan lebih daripada 70 jenama fesyen Muslimah tempatan terkemuka, serta pelbagai produk kecantikan, tudung, dan gaya hidup. Antara jenama yang terlibat adalah Rockqueen by Ella, Alhumaira, Wardah Beauty, Fiziwoo, dan banyak lagi!.

Muslimah Fest 2024 dari Bank Rakyat akan diadakan di Mild Velly pada 20 hingga 22 Disember ini

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, festival ini juga akan memperkenalkan produk baru Bank Rakyat, iaitu ‘My First Credit Card-i’, yang direka khas untuk menyokong gaya hidup Muslimah moden.

“Kad kredit ini menawarkan pelbagai manfaat dan promo eksklusif untuk wanita. Ia adalah produk yang sangat sesuai dengan gaya hidup wanita masa kini.

‘’Di masa depan, kami merancang untuk memperkenalkan produk seperti Muslimah Holiday, yang akan memberi kemudahan kepada golongan wanita,” katanya.

Bukan hanya itu, pengunjung Muslimah Fest 2024 juga berpeluang menikmati diskaun sehingga 70% dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif serta cabutan bertuah bernilai keseluruhan RM60,000! Bank Rakyat turut menyediakan manfaat istimewa dan tawaran menarik daripada rakan dagang mereka.

Festival ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik, seperti:

  • Pertunjukan fesyen bertemakan “Elegance Unveiled: The Hijab Runway by Bank Rakyat”
  • Program tutorial solekan bersama Wardah Beauty
  • Sesi perkongsian “Life as Content Creator and Businesswoman”
  • Forum Usahawan bertajuk “Santai Namun Sampai: Program Usahawan Bank Rakyat”

Muslimah Fest 2024 juga menampilkan usaha Bank Rakyat dalam menyokong sektor keusahawanan negara, terutamanya perniagaan Muslimah tempatan. Inisiatif ini menunjukkan komitmen Bank Rakyat dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif, dengan mengutamakan produk-produk yang patuh Syariah serta menyokong perkembangan fesyen dan gaya hidup Muslimah.

Melalui acara ini, Bank Rakyat berharap dapat memperkasa golongan wanita usahawan dan membantu mereka mengembangkan perniagaan. Selain itu, bertepatan dengan usaha kerajaan ke arah masyarakat tanpa tunai, festival ini juga menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai melalui Kad Kredit-i, Kad Debit-i, i-MerchantRAKYAT dan platform QR DuitNow Bank Rakyat.

Festival ini menyasarkan kehadiran lebih 15,000 pengunjung dari sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang ingin membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri lebih awal. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman festival Muslimah terbesar tahun ini!.

Artikle Berkaitan :>

Bank Rakyat diiktiraf atas komitmen kelestarian

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button