Hiburan

Pelawak 40-an ditahan kerana syaki rogol wanita

SEORANG bekas peserta program realiti komedi terkenal kini berdepan kontroversi besar apabila ditahan pihak polis awal pagi tadi kerana disyaki merogol seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan penahanan suspek yang berusia 40-an itu di sekitar bandar raya ini.

“Suspek telah dikenakan perintah reman selama lima hari bermula hari ini, dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sekiranya sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, selain sebatan yang turut menanti.

Insiden ini mengejutkan ramai pihak, terutama peminat setia program realiti tersebut. Kes ini bakal menjadi tumpuan berikutan status suspek yang dikenali ramai dalam industri hiburan tempatan.

Polis masih giat menjalankan siasatan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini tampil membantu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button