Pendidikan

KPM mansuh orientasi peperiksaan bagi kurangkan tekanan murid

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia o(KPM) telah memutuskan untuk memansuhkan pendekatan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bagi mengurangkan tekanan yang dialami murid di sekolah.

Menurut laporan Berita Harian, KPM kini beralih kepada pendekatan pembelajaran berasaskan inquiry (pertanyaan), eksplorasi, pengalaman, konteks, dan pentaksiran holistik. Pendekatan ini menekankan pembangunan menyeluruh murid, bukan sekadar penilaian akademik semata-mata.

“Pentaksiran bilik darjah akan menjadi penanda aras yang lebih baik untuk menilai murid secara holistik, melibatkan aspek jasmani, sukan, kokurikulum, psikometrik, dan kecenderungan murid. Pendekatan ini memastikan tumpuan bukan lagi kepada peperiksaan, tetapi kepada ekosistem pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan kurang tekanan,” jelas Fadhlina.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai kesediaan KPM untuk mengkaji semula kurikulum persekolahan bagi mengurangkan tekanan akademik dalam kalangan murid.

Dalam pada itu, statistik terkini menunjukkan lebih 20,000 pelajar Malaysia gagal dalam dua subjek teras, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah, mengakibatkan mereka tidak layak memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button