Auto Travel

Perlis Eco-Bike Tour bakal jadi tarikan baharu

KANGAR 26 Nov. – Syarikat MyUS Autotech akan memperkenalkan inisiatif terbaru iaitu ‘Perlis Eco-Bike Tour’ yang merupakan salah satu produk inovatif yang menawarkan pengalaman pelancongan yang menampilkan konsep kelestarian di sekitar negeri ini dengan menggunakan motosikal elektrik (EV) yang menawarkan pengalaman pelancongan yang unik dan mesra ekologi.

Demikian dipersembahmaklumkan oleh Pengerusi Eksekutif MyUS Group, Datuk Nellsen Young kepada
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda berkenan berangkat menyempurnakan majlis Perasmian Showroom MyUS Autotech Sdn. Bhd. dan Pejabat Smart Leisure & Travel Sdn. Bhd. Cawangan Kangar di Kangar Jaya, Kangar.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Menurut Nellsen, ‘Pusat jualan MyUS Autotech merupakan penjual dan pengedar bagi Motosikal Elektrik EBIXON di Perlis dan Langkawi. Cawangan baharu ini menawarkan khidmat menyewa, menjual dan juga merupakan pusat servis bagi motosikal elektrik ini’.

Tambah Nellsen, ‘Penyewaan motor elektrik ini dijangka bakal mendapat permintaan yang tinggi khususnya dalam tempoh kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 berlangsung kerana lokasi cawangan ini berdekatan dengan Kuala Perlis yang merupakan salah satu tarikan utama para pelancong terutamanya ketika musim cuti sekolah dan juga cuti umum’.

Tuanku Syed Faizudin Putra berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian Showroom MyUS Autotech dan pejabat Smart Leisure & Travel serta mengadakan lawatan di sekitar showroom tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button