Nasional

Anwar adakan perbincangan dengan Presiden Korea Selatan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi memulakan acara pertama di Republik Korea Selatan dengan melakukan kunjungan rasmi ke Pejabat Presiden di Yongsan sambil disambut Presiden Yoon Suk Yeol.

Seperti yang sebut sebelum ini bahawa kunjungan ini menjadi terpenting tatkala Malaysia dan Korea Selatan akan bersama menyambut ‘sapphire jubilee’ pada tahun 2025, selain terus mencari ruang dan lapangan bagi merapatkan kerjasama erat kedua-dua negara.

Anwar berkata, Korea Selatan bakal mempengerusikan APAC dan Malaysia bakal mempengerusikan ASEAN pada tahun hadapan.

“Presiden Yoon dan saya lantas berikrar untuk bekerja dengan lebih dekat dan sederap bagi melonjak kepentingan dan nilai yang dikongsi secara bersama.

“Semasa pertemuan bilateral, kami telah bersetuju untuk mempererat hubungan di 4 lapangan, yakni:

(1) kerjasama politik dan keselamatan;

(2) kerjasama ekonomi merangkumi:

(i) aspek pelaburan dan perdagangan;

(ii) menyemarak Dasar Pandang Ke Timur 2.0;

(iii) kerjasama digital dan teknologi maklumat;

(iv) kerjasama infrastruktur;

(v) kesihatan dan sains perubatan;

(vi) alam sekitar dan tenaga;

(vii) pertanian

(3) kerjasama budaya, pendidikan dan pelancongan di mana kedua-dua negara bersetuju untuk mempertingkat kerjasama di sektor awam dan swasta dan TVET;

(4) Kerjasama serantau dan di peringkat global di mana kedua-dua negara mengecam keras tindakan Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) yang telah melancarkan peluru berpandu balistik pada 31 Oktober yang lalu, selain mempertegas beberapa isu serantau dan global yang lain Malaysia dan Republik Korea akan terus bekerjasama di pelbagai lapangan yang berkepentingan selain mendepani tantangan yang mengesankan rantau dan dunia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button