Nasional

Buaya di Tasik Shah Alam berjaya ditangkap

AKHIRNYA buaya sesat di Tasik Shah Alam Seksyen 7 berjaya ditangkap sekitar 10.20 malam tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh, buaya berkenaan dikesan memasuki perangkap.

“Buaya yang kita selamatkan malam ini adalah buaya tembaga jantan sepanjang 1.68 meter berusia sekitar tiga hingga lima tahun dengan anggaran berat 15 hingga 20 kilogram.

“Ini adalah operasi menyelamatkan buaya paling pantas yang kita lakukan kerana tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, ia sudah memakan umpan segar yang kita letak,” katanya pada sidang media di lokasi tangkapan.

Katanya, PERHILITAN juga akan meminta MBSA terus menutup taman tasik itu pada waktu malam bagi tempoh sehari dua lagi bagi membolehkan pihaknya membuat pemantauan untuk memastikan tiada buaya lain di kawasan berkenaan.

“Buaya ini kita akan pindahkan ke Paya Indah Wetlands malam ini juga,” katanya.

Yang turut hadir pada operasi menyelamatkan buaya itu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim; Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button