Alam Sekitar

Pemangku Raja Perlis menyaksikan majlis penyerahan tong sampah kepada MAIPs, YTSP

KUALA PERLIS 2 Sept. Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan majlis penyerahan Sumbangan 40 buah troli sampah daripada syarikat Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di Dataran Pulau Ketam, Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda sulung, Hajah Sarifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Turut hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor serta
seramai 34 orang deligasi daripada California, Denver, Colorado dan New York, Amerika Syarikat serta 2 warga Perancis dari Annecy yang sedang melawat Perlis sempena kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

Dhaya Maju merupakan sebuah syarikat pembinaan berprestij dan pembangunan hartanah yang telah terlibat mengendali dan menyiapkan projek-projek mega infrastruktur di seluruh negara khususnya Lembah Klang.

Buat permulaannya 22 daripada 40 troli tersebut akan ditempatkan di sekitar Projek Transformasi DiRaja Kampung Warna-warni Seberang Ramai untuk kegunaan 11 buah kampung.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan rasa sukacita atas sumbangan yang telah diberikan ini sebagai salah satu usaha untuk memastikan kampung yang menjadi tumpuan baru para pelancong di Perlis ini sentiasa berada pada tahap kebersihan yang terbaik dan memuaskan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button