Hiburan

Video lafaz cerai tanpa kerelaan

PERKONGSIAN dari penyanyi Nora Ariffin mengejutkan orang ramai apabila dia berkongsi video suaminya, Dr Rusdi Ramli menceraikanya talak satu menerusi satu rakaman video.

Nora juga mendakwa bahawa lafaz cerai suaminya itu tanpa kerelaan dan hanya mengikut arahan serta diminta lafaz cerai melalui video.

‘’Ustaz (suami) dipaksa ceraikan saya tanpa sebarang sebab dan diminta ambil video sebagai bukti supaya semua orang tahu,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya siapa individu yang memaksa bekas suaminya itu untuk berbuat demikian, Nora hanya menguci mulut.

‘’Itu sahaja… Cukuplah,” tulis Nora melalui WhatsApp pada Berita Harian Online.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Nora berkata bekas suaminya tidak bersalah sebaliknya hanya mengikut arahana yang diberikan untuk menceraikannya.

Artikle Berkaitan :>

Jodoh Datuk Nora Ariffin sudah sampai

Abang penyanyi Datuk Nora Ariffin meninggal dunia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button