Hiburan

Selepas kontroversi, Aliff Aziz sertai kumpulan tabligh sekali lagi

PELAKON Kontroversi, Aliff Aziz dilihat sertai kumpulan tabligh sekali lagi selama tiga hari dalam mendalami ilmu agama.

Perkongsian dari individu yang dikenali sebagai Ustaz Haji Taufik di TikToknya, dia telah memuat naik gambar bersama Aliff.

Menurutnya, dia berharap orang ramai dapat berfikir dan mendoakan yang baik-baik untuk penyanyi itu akan penghakhirannya akan menjadi baik.

Ustaz juga turut meninggalkan pesanan menerusi kapsyen. .

“Ulama beritahu: Hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya, tetapi mereka yang tersalah memilih suasana,” tulisnya.
Dalam perkongsian yang lain, Aliff Aziz juga dilihat makan bersama jemaah-jemaah yang lain di dalam satu dulang yang sama.

Kapsyen yang dinyatakan turut meminta supaya tidak menghakimi seseorang hanya melalui apa yang didengar sebelum ini.

“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum atas manusia hanya dengan telinga?” tulisnya.
Terdahulu, nama Aliff Aziz telah menjadi topik utama perbualan sejak Mac lalu susulan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon drama terkenal, Ruhainies.

Selepas hal tersebut, bekas isterinya, Bella Astillah telah memfailkan penceraian dan sah berpisah talak satu pada pertengahan Jun.

Dia yang dilihat banyak menghabiskan masa di Singapura memilih menyepikan diri usai pelbagai kontroversi melibatkan kehidupan peribadinya, lebih-lebih lagi berkenaan kecurangan sewaktu masih bergelar suami kepada Bella.

Kreadit:> Oh My Media.

Artikle Berkaitan :>

Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah

Aliff Aziz bakal bergelar duda kali kedua

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button