Berita

Pemangku Raja Perlis melawat Nigeria tiga hari

ABUJA, Nigeria – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat tiba di ibu negara Nigeria iaitu Abuja untuk lawatan khas selama tiga hari.

 

Keberangkatan tiba Baginda diiringi sama oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al Haj Jamalullail bagi mengetuai delegasi Safar Ilmi Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria Aiyub Omar, Kaunselor Sharmini Devi Gopal serta Setiausaha Ketiga, Balqis Hazwani.di Lapangan Terbang Antarabangsa Nnamdi Azikiwe, Abuja.

Mengiringi Baginda ialah Mufti Perlis Prof Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Dari lapangan terbang Baginda terus berangkat merasmikan Syarahan Umum Antarabangsa yang bertajuk ‘Negative Impact of Fabricated Hadith upon the Image of Islam’ atau ‘Kesan Negatif Hadis Tidak Sahih Terhadap Imej Islam’ yang berlangsung di Pusat Pengajian Islam University of Abuja dikongsikan oleh Mufti Perlis.

Sejurus selepas itu Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat ke Restoran Cilantro yang beroperasi di Ibrahim Babangida Boulevard, Maitama, Abuja bagi melancarkan ‘Promosi Masakan Perlis’ yang melibatkan demonstrasi masakan Kurma Daging Perlis di restoran berkenaan.

Tuanku Pemangku Raja seterusnya memenuhi jemputan menghadiri Santapan Malam Bersama Rakyat Malaysia dan Rakan-Rakan Malaysia di Nigeria yang dihoskan oleh pihak Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja.

Ketika di Nigeria juga Baginda diaturkan bagi mengadakan pertemuan dengan Sultan Bagi Negeri Sokoto iaitu Alhaji Muhammad Sa’ad Abubakar yang juga merupakan Presiden Jeneral Majlis Tertinggi bagi Hal Ehwal Islam Negara Nigeria (NSCIA) dan Jama’atil Nasril Islam (JNI) di Istana Minanata, Sokoto.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button