Nasional

Tujuh kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan henti tugas sementara empat loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Berikutan henti tugas empat LRA tersebut, tujuh wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Klang,Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Air Selangor sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada para pengguna.

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan- kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button