Pendidikan

UiTM Perlis sambut jubli emas

UiTM Cawangan Perlis menyambut Jubli Emas 50 tahun kewujudannya pada tahun ini.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penandatanganan Plak Tugu Masa 50 tahun dan Blueprint Pelan Transformasi Pembangunan UiTM Cawangan Perlis
2024-2034 baru-baru ini.

Keberangkatan Baginda ke majlis yang diadakan di Masjid An-Nur UiTM Cawangan Perlis, Arau itu disambut oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin dan Rektor UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi serta para pegawai kanan universiti.

Turut berangkat ke Sambutan Kemuncak Jubli Emas UiTM Cawangan Perlis tersebut ialah Paduka Anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Tuanku Pemangku Raja Perlis turut berkenan untuk menyampaikan sumbangan agihan zakat daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 20 orang pelajar terpilih daripada kalangan keluarga asnat UiTM Cawangan Perlis dari seluruh negara. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh pada kali ini sebanyak RM14,000.

Selepas majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra menitahkan bahawa pelajar merupakan amanah universiti. Kemudahan yang sepatutnya mesti disediakan kepada mereka. Perancangan yang berkala dan berfasa juga perlu bagi memastikan kemudahan kolej kediaman dan bilik-bilik kuliah sentiasa dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa walaupun dalam situasi kekangan kewangan. Hubungan yang baik dengan semua pihak juga termasuk pihak industri perlu bagi terus meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan UiTM Perlis.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button