Agama

Pemangku Raja Perlis ingatkan pendakwah supaya bijak sesuaikan diri dengan masyarakat

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Al-Haj Jamalullail bertitah mengingatkan para pendakwah dan Asatizah agar menyesuaikan diri dengan konteks latar belakang masyarakat agar lebih serasi dalam menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.

Titah Baginda lagi, para pendakwah dan Asatizah adalah merupakan golongan yang sentiasa dipandang tinggi dan dihargai oleh masyarakat, justeru setiap kata dan tindak tanduk mereka haruslah bermatlamatkan Islah agar masyarakat dapat mencontohi dan meneladani mereka.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Pejabat Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS).

Keberangkatan Baginda disambut oleh Presiden PERGAS, Ustaz Tarmizi Abdul Wahid bersama warga kepimpinannya.

Mengiringi Baginda ialah Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Turut sama ialah Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Zepri Saad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan MAIPs, Dato’ Ir. Haji Wan Ab Ghafar Wan Ahmad.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button