Hiburan

Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah

PELAKON Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat ke atas mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua mereka membuat pengakuan itu  di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Aliff dan Ruhainies hadir dengan diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

“Saya mengaku tidak bersalah,” kata Aliff.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Ruhainies pula.

Sehubungan itu menetapkan 17 Oktober 2024 sebagai tarikh seterusnya untuk prosiding dan bon jaminan RM1,500 dilanjutkan sehingga tarikh sebutan kes. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button