Hiburan

Rumah biduanita negara Sharifah Aini dijual dengan harga RM4 juta

MASIHKAH anda ingat biduanita negara iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dengan keenakan suaranya yang merdu malahan kesemua lagu-lagu yang popular pada era-1960 an.

Baru-baru ini dikejutkan dengan satu vedio yang tular di media sosial, rumah milik allahyarham yang terletak di Petaling Jaya sudah dirobohkan.

Difahamkan tapak rumah itu sudah dijual dengan harga anggaran RM4 juta kepada pemilik baru yang akan membina bangunan tiga tingkat.

Menurut anaknya, Aliff Omar Ali, tindakan itu merupakan keputusan yang baik serta berharap orang ramai menerima keputusan itu.

‘’Walaupun saya sedih, saya rasa itu adalah keputusan yang terbaik untuk dilakukan. Perkara ini telah selesai dan saya berharap semua orang memahami keputusan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff turut berterima kasih kepada semua pihak yang masih ingat kepada Allahyarham ibunya.
“Terima kasih atas perhatian dan kerana masih mengingati ibu saya yang telah lama meninggal dunia,” katanya.

Pada 2018, rumah tersebut dilaporkan di iklankan di Facebook untuk dijual dengan harga RM8 juta dan pada iklan tersebut juga ada menyatakan bahawa rumah tersebut milik seorang penyanyi terkenal.

Allahyarham Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada usia 61 tahun, akibat jangkitan pada paru-paru.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button