Nasional

Lapan termasuk seorang bekas pensyarah ditahan terlibat aktiviti pengganas DAESH

POLIS menahan lapan individu termasuk seorang bekas pensyarah kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas iaitu Daesh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, tangkapan dibuat pada Sabtu dan Ahad lalu di empat negeri iaitu Kelantan, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Katanya, berdasarkan siasatan awal didapati wujud ancaman kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa kenamaan lain.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti peranan kesemua suspek,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button