Politik

Jentera UMNO akan digerakkan sepenuhnya untuk PRK Sungai Bakap

UMNO akan akan menggerakkan seluruh jentera partinya untuk menyokong calon kerajaan perpaduan pada PRK Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi parti itu yang bermesyuarat semalam termasuk melantik Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai pengarah pilihan raya gabungan itu untuk pilihan raya kecil itu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Ketua UMNO Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir telah dilantik sebagai pengarah operasi BN untuk pilihan raya kecil itu manakala ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan akan mengetuai “bilik perang” BN.

PKR telah mengumumkan Joohari Ariffin sebagai calonnya manakala Abidin Ismail dari PAS akan bertanding untuk Perikatan Nasional.

Awal bulan ini, kerajaan perpaduan melantik timbalan presiden PKR Rafizi Ramli dan Zambry untuk memacu kempen pilihan raya bagi PRK Sungai Bakap.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu akibat sakit perut.

Zamri, yang merupakan Ketua PAS Nibong Tebal, memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri pada Ogos dengan menewaskan Nurhidayah Che Rose dari PH dengan majoriti 1,563 undi selepas memperoleh 15,433 undi.

Pencalonan untuk pilihan raya kecil itu akan berlangsung pada hari Sabtu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button