Jenayah

Atuk dan nenek Zayn Rayyan pula ditahan oleh pihak polis

BERITA mengejutkan bagi orang ramai, Datuk dan nenek Zayn Rayyan Abdul Matiin pula ditahan oleh pihak polis bagi membantu siatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autism tersebut.

Menurut sumber, kedua pasangan itu ditahan selepas menghadiri prosiding merekod pengakuan ibu kepada kanak-kanak itu di sekitar Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 2.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh, Ketua Polis Sleangor Datuk Hussein Omar Khan, mereka diatan di Kawasan Subang Bestari.

Kes kanak-kanak it terus menjadi tanda tanya, esok mungkin penentu nasib ibu bapa Zayan Rayyan sama ada akan terus didakwa atau dibebaskan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, pasangan tersebut ditahan di kawasan Subang Bestari.

“Ya. Datuk dan nenek (Zayn Rayyan) ditangkap pada pukul 2.30 petang hari ini di Subang Bestari,” katanya.

Menurut laporan Kosmo menghubungi peguam bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd. Moin mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Pihak polis bawa semula Ibu Zayn Rayyan untuk lakonkan semula kejadian anaknya hilang

Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan semasa prosiding di mahkamah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button