Berita

Persekitaran kondusif menghasilkan kerja yang terbaik – Pemangku Raja Perlis

Persekitaran kerja kondusif merangkumi pelbagai faktor. Ia lebih daripada sekadar kerusi ergonomik dan ruang pejabat yang terang semata-mata. Ia merupakan tempat di mana pekerja merasa selesa secara fizikal dan psikologi. Ia adalah ruang di mana mereka dapat berkembang maju dan memberikan ‘output’ yang terbaik.

Terdapat banyak maksud untuk menjelaskan persekitaran kerja kondusif. Persekitaran kerja kondusif ini sebenarnya melibatkan perasaan (mood) dan perspektif seseorang pekerja itu sendiri terhadap keadaan tempat kerja mereka.

Tetapi pada dasarnya persekitaran kerja kondusif ini boleh diterangkan sebagai suasana kerja yang selesa, lengkap dengan keperluan dan selamat untuk pekerja melakukan tugasan diberi. Ini termasuk keselesaan secara fizikal dan mental seseorang pekerja itu sendiri.

Perkara ini hendaklah diberikan perhatian oleh setiap majikan di negeri Perlis supaya penghasilan produktiviti oleh setiap warga kerja terus meningkat dan tidak menurun atau sekadar di tahap yang statik semata-mata tanpa sebarang penambahbaikan.


Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kg Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

Demikian menurut kenyataan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Kayuhan amal yang bertujuan untuk menyantuni dan menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini tersebut turut disertai oleh ketua-ketua jabatan serta agensi Negeri dan Persekutuan dalam usaha untuk menurunkan kadar kemiskinan pada tahun 2024.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan untuk menyampaikan sumbangan MAIPs iaitu wang tunai sebanyak RM700 kepada setiap penerima, Kits MAIPs Peduli beserta beras fidyah bagi menampung kehidupan seharian mereka.

Para asnaf yang terpilih pada kali ini adalah Haskimin Hashim, 53 tahun dari Kampung Gonchar, Dzulkafli Mahat, 67 tahun dari Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Tok Kuning dan Shuhaimy Che Ani, 41 tahun dari Bukit Lagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button