Hiburanpilihan

Kenapa Johan nyaris terlepas pesawat untuk tunaikan haji

MUNGKIN ini sebahagian daripada dugaan yang dialami oleh jemaah haji yang dialami oleh Johan Raja Lawak yang nyaris terlepas pesawat untuk menunaikan tunai haji.

Ia ekoran timbul kekeliruan mengenani status visa hajinya ketika mahu hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan pesawat Penerbangan Saudi.

Memetik Astro Awani, beliau yang ke tanah suci bersama isteri,  Ozlynn, bersyukur kerana kekeliruan itu dapat diselesaikan dan dapat bersama  jemaah lain mengerjakan haji.

Ketika ditemui di Mekah, Johan menceritakan situasi itu berlaku apabila nama penuhnya tidak tercetak pada visa haji beliau.
Katanya, beliau menganggap masalah yang berbangkit itu sebagai salah satu ujian untuk dirinya sebelum berlepas ke Mekah.
“Alhamdulillah, selepas lebih sejam berurusan dengan pihak penerbangan, isu itu dapat diselesaikan,” katanya.
Johan dan Ozlynn merupakan antara 13 pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Mereka telah berangkat pada 7 Jun lalu, pada jam 5.30 petang dan selamat tiba di Mekah pada awal pagi keesokan hari.
Mereka juga menyertai delegasi media, antaranya dari Astro AWANI, Bernama TV, TV Alhijrah, Utusan Malaysia, dan Utusan TV yang membuat liputan musim haji tahun ini.
Kesemua mereka mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button