Nasionalpilihan

KPT agih baucar buku secara berfasa

BAUCAR buku RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam akan diagihkan secara berfasa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, untuk agiha  awal pada masa ini adalah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAK).

Bagaimanapun katanya, mekanisme agihan  akan diumum sebelum agihan bermula.

Malah katanya, Ketua Setiausaha Kementarian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zaini Ujang telah mengadakan mesyuarat di peringkat tertinggi KPT bagi memuktamadkan kaedah agihan baucar itu.

“Beliau akan umumkan pendekatan dan langkah supaya pelaksanaan itu dapat disegerakan” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis perhimpunan bulanan KPT di sini, hari ini.

Zaini pula berkata, pada dasarnya  baucar itu boleh digunakan mulai petang ini.

“Saya dalam proses keluarkan kaedah penggunaan baucar itu. Ia lebih kepada kaedah dan bukan soal dapat tak dapat tapi kaedah nak dapat baucar itu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 bagi pelajar Tahap Dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button