pilihanPolitik

Syed Abu Hussin tidak akan jawab surat Bersatu

AHLI Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata beliau tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Katanya, beliau sudah membaca surat berkenaan namun menyifatkannya sebagai tidak membawa apa-apa makna.
Malah katanya, beliau bersedia menghadapi apa sahaja tindakan yang akan diambil terhadapnya.
“Kami yakin kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Apa kesalahan yang kami buat? Kami tidak menghina parti, kami masih ahli parti tapi menyokong kerajaan Madani dan Perdana Menteri untuk memastikan bahawa kerajaan ini berjalan dengan baik.
“Jadi surat yang dihantar itu surat yang tidak ada makna pada saya. Saya takkan jawab surat itu. Saya nak menunggu apa tindakan yang diambil terhadap saya, saya bersedia. Kalau dicabar, saya akan cabar semula sampai ke peringkat Pilihan Raya Kecil (PRK). Saya akan bertanding dalam PRK,” katanya.
Beliau ditemui selepas melawat mangsa banjir di Kampung Jelutong, Changkat Ibol, Bukit Gantang pada Sabtu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button