Shin Tae-yong mahu bawa Indonesia ke Piala Dunia 2026
JURULATIH pasukan nasional Indonesia, Shin Tae-yong kini memasang sasaran baharu iaitu untuk membawa skuad Garuda ke Piala Dunia 2026.
Dia yang kini mahu melupakan kegagalan meloloskan Indonesia ke Olimpik 2024 ketika ia tinggal selangkah lagi sebelum kalah 0-1 kepada Guinea di playoff Olimpik.
Tetapi kini pasukan nasional Indonesia mempunyai peluang lain iaitu untuk layak ke Piala Dunia 2026 dengan baki pusingan kelayakan tinggan dua perlawanan lagi iaitu melawan Iraq dan Filipina.
“Sayang sekali, pada akhirnya kami gagal melangkah ke Olimpik. Saya, masyarakat Indonesia, pendukung pasukan nasional, dan juga para pemain semuanya pasti sangat kecewa,” kata Shin Tae-yong dalam pernyataannya yang diunggah akun media sosial rasmi skuad bola sepak kebangsaan Indonesia.
“Tapi kami tidak akan berhenti. Selanjutnya ada kesempatan ke Piala Dunia. Saya akan menyiapkan pasukan sebaik mungkin untuk pertandingan berikutnya agar kita bisa layak ke babak ketiga,” ujarnya.
Ketika ini Indonesia berada di tangga kedua Kumpulan F dengan tujuh mata hasil dua kali menang, sekali seri, dan sekali kalah. Indonesia dikalahkan Iraq 1-5, ditahan dengan seri oleh Filipina 1-1, dan menang 1-0 serta 3-0 atas Vietnam.
Di tempat teratas ialah Iraq dengan 12 mata berkat kejayaan menyapu bersih empat perlawanan dengan kemenangan. Vietnam di posisi ketiga dengan tiga mata dan Filipina tempat terakhir.
Ini bermakna, skuad Garuda memerlukan tiga mata tambahan untuk menjadi naib juara kumpulan yang akan memastikan Vietnam tidak mampu kejar mereka.
Jika menang semua perlawanan, Vietnam hanya akan dapat sembilan mata maksimum.