Ekonomipilihan

Pembaharuan pengaturan swap dua hala antara Bank Negara Malaysia, Bank of Korea

Bank Negara Malaysia dan Bank of Korea hari ini memeterai perjanjian untuk memperbaharui pengaturan swap dua hala1 (bilateral swap arrangement, BSA).

Jumlah pengaturan swap ini dikekalkan sebanyak RM15 bilion/KRW5 trilion, iaitu jumlah yang sama di bawah BSA yang dimeterai pada tahun 2020.

Pengaturan swap ini adalah untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama antara kedua-dua bank pusat.

BSA ini bertujuan untuk menggalakkan lagi perdagangan dua hala antara kedua-dua negara serta mengukuhkan kerjasama kewangan antara Korea dengan Malaysia. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button