Nasionalpilihan

Juruteknik maut, Myvi dirempuh pacuan empat roda

SEBUAH kenderaan pacuan empat roda yang hilang kawalan lalu masuk lorong bertentangan telah merempuh Perodua Myvi menyebabkan seorang Juruteknik maut.
Dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth dekat Kuala Muda hari ini, Mangsa Azman Hamzah, 47, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.’
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa yang memandu kereta Produa Myvi dipercayai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Ketika kejadian sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki sedang bergerak dari Sungai Lalang ke arah Gurun manakala kenderaan mangsa serta sebuah lagi jenis Honda City yang dipandu seorang wanita bergerak dari arah sama Gurun ke Sungai Petani.
“Tiba di lokasi kejadian pemandu pacuan empat roda cuba memotong kenderaan dipercayai gagal lalu memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Produa Myvi dan Honda City,” katanya.
.
Wan Azharuddin berkata, akibat pertembungan itu pemandu Myvi maut di tempat kejadiaan manakala wanita berusia 42 tahun yang juga kakitangan kerajaan dan pemandu pacuan empat roda cedera parah.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.
Pemandu wanita dibawa ke sebuah hospital swasta manakala pemandu Toyota Hilux lelaki berusia 41 tahun dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button